Wednesday, October 15, 2008

Mengapa wanita suka merajuk?

Wanita suka melihat sesuatu perkara
remeh bagi lelaki itu sebagai perkara
besar, contohnya soal pilih gerai
makan. Wanita cerewet mengenai
pemilihan gerai makan sehingga suka
tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki
anggap soal makan di mana saja boleh.
Wanita sensitif tidak tentu pasal
kerana inginkan perhatian sedangkan
lelaki banyak perkara penting yang
mereka hendak fikir.
Wanita suka sangat diberikan perhatian
dan manja tidak bertempat dan sikap
ini menyebabkan mereka sentiasa `syok
sendiri´ dan suka dipuji, jika tidak
dipuji mereka akan merajuk.
Wanita terlalu perasan dan mudah
menjeruk perasaan kerana sering
mengharapkan lelaki memahami mereka
sedangkan mereka tidak mahu memahami
lelaki.
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan
mereka melalui kata-kata, tetapi hanya
memerhati dan bersikap tanggungjawab
pada wanita. Wanita kena menerima
hakikat itu.
Suka membeli-belah terlalu lama hingga
membosankan lelaki, ini sebabnya
lelaki malas dan tidak beri perhatian
pada sikap wanita yang suka sangat
menghabiskan masa untuk tujuan itu.
Terlalu banyak cakap mengenai diri
orang lain dan mudah ke arah `mengata
dan mengutuk´ jika dilayan kata-kata
mereka, ini menyebabkan lelaki suka
berdiam diri.
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan
hati mereka melalui perbuatan dan
bukan perkataan.
Lelaki suka berdiam diri dan tidak
suka bising dan ini tidak bermakna
mereka tidak prihatin kepada anak dan
isteri.
Suami tidak suka diperintah,
dikongkong dan dikawal dan jika isteri
atau teman wanita melakukan pengawalan
itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan
tidak akan memberi perhatian kepada
apa juga permintaan wanita.
Wanita kurang bijak dalam melahirkan
kasih sayang melalui perbuatan
menunjukkan kasih sayang pada suami,
tetapi hanya mengharapkan suami
memberi kasih sayang itu.
Jangan terlalu bergantung pada suami
dan teman lelaki pada perkara yang
mampu wanita lakukan, tetapi wanita
suka bergantung harap sangat pada
suami dengan tujuan agar suami
sentiasa berada di samping mereka. Ini
tidak digemari suami/teman lelaki.
Wanita mesti memahami diri mereka
sendiri dan peranan mereka, dan
ubahlah perangai mengikut peringkat
umur dan keperluan. Jika masih muda
elok juga jika merajuk, tetapi jika
sudah mempunyai anak ramai dan
berusia, janganlah selalu merajuk -
buruk!
Wanita jadikan diri mereka contoh yang
baik dan merajuk memburukkan persepsi
lelaki, jadi janganlah bersikap
seperti budak-budak kecil.
Wanita suka bertanya itu ini pada
suami/teman lelaki tetapi tidak suka
pada jawapan yang diberikan oleh
suami/teman lelaki. Ini membuatkan
suami/teman bosan untuk melayan soalan
wanita itu.
Wanita banyak maksud dan tujuan dalam
perbuatan mereka, jika dilayan, mereka
kadangkala mengambil kesempatan
daripada keprihatinan yang diberikan
kepada mereka.
Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk
kecantikan, kepandaian dan kekayaan
mereka dan sebagainya dan inginkan
dilayan ala `puteri´ kerana kelebihan
itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki
tidak ada minat untuk melayan kerenah
wanita seperti itu.

0 hati berbisik: