Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak
kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya.
Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air
kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah
SWT. Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah.
Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya dengan Tuhan. Setelah
menceritakan kepada suaminya, si suami pergi mencari anjing yang
dimaksudkan. Puas dicari dari kampung ke kampung, namum tidak juga
ditemui. Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh
gila.
Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan seekor anjing hitam
yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah dan dibawanya pulang dengan
hati gembira. Namun si isteri tidak sanggup meneguk apabila melihat rupa
dan bau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah masing-masing
terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar tersebut.
Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan
segalanya. Rasulullah pun menasihatkan mereka supaya pergi ke sebuah
rumah yang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat terletak
di hujung kampung itu.
Baginda berkata :
"Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya
dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."
Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan
solat.
moral of the story uols...rjin2 la tunaikan solat kerana sesungguhnya solat itu tiang agama maka kita sbg umat islam wajib mgerjakan solat...sesungguhnya solat itu ubat kpd seluruh pnyakit...wassalam....
lieya lieyani always miss u...(~_~).....
mmmuuuach!!!.....
0 hati berbisik:
Post a Comment